12 MANFAAT TANAH LIAT BENTONITE UNTUK KULIT ANDA
Salah satu bahan yang terbaik dalam penjagaan kulit yang paling hebat ketika ini ialah tanah liat bentonite! Ia
bagus untuk penjagaan kulit, penjagaan rambut dan kesihatan badan umumnya! Jom
kita kupas tentang 12 manfaat tanah liat
bentonite untuk kulit.
Nota: Apabila mengendalikan tanah liat bentonite, jangan
gunakan peralatan logam seperti mangkuk logam atau sudu. Logam, yang
mengandungi ion positif, akan menjadikan tanah liat tidak berguna dengan
meneutralkan ion negatifnya.
Di sini saya sertakan 12 manfaat penggunaan tanah liat
bentonide untuk kulit
1. MEMBERSIHKAN LIANG MUKA JAUH KE DALAM KULIT
Anda mempunyai liang muka yang tersumbat? Bintik putih? Dan
bintik hitam? Mungkin sudah tiba masanya untuk membersihkan liang-liang muka
anda dengan menggunakan tanah liat bentonite! Tanah liat bentonit secara umumnya
menyerap segala benda-benda kotor jauh di dalam liang-liang kulit. Ia menjadi
penyerap semulajadi apabila dicampur dengan air. Ia menyingkirkan kotoran,
sel-sel kulit mati, bakteria, sebum yang berlebihan, kotoran dan lain-lain jauh
ke dalam permukaan kulit.
2. MENYAHTOKSIKAN KOTORAN DI KULIT
Perkara yang hebat tentang Tanah Liat Asli untuk kulit ini
adalah, tanah ini mampu menjadi agen menyahtoksik yang berkuasa. Tanah liat
bentonit membantu menyahtoksik badan dari dalam dan luar! Apabila anda
menggunakannya sebagai masker pada kulit anda, ion-ion yang bermuatan negatif
di dalamnya menarik ion-ion positif yang ditemui dalam toksin dan kotoran pada
kulit. Oleh itu, kotoran dan bahan-bahan kotor ini akan terikat kepada tanah
liat bentonite, yang kemudian akan dibasuh dan dibawa sekali apabila anda
membilas muka anda.
3. MENGURANGKAN MINYAK PADA PERMUKAAN KULIT
Tanah liat bentonite juga menyerap minyak yang berlebihan di
dalam kulit dan di permukaannya. Ia juga mampu mengecilkan liang-liang pori
yang besar dan mengurangkan jumlah sebum yang dirembeskan ke kulit.
4. MENGELAKKAN & MENGURANGKAN BLACKHEADS (BINTIK HITAM)
Tanah liat bentonite juga mampu menghalang dan mengurangkan
bintik hitam dengan menyerap minyak yang berlebihan dan mengeringkan kawasan
tersebut. Caranya adalah, Wapkan muka anda, cuci muka anda dengan bersih dan boleh
menggunakan bantuan Strips Pori untuk menarik bintik hitam dan bintik putih.
Selepas kotoran dikeluarkan, sapukan masker tanah liat bentonite yang telah
dicampur bersama air pada kawasan tadi. Cara ini dapat memulihkan dan
mengurangkan bintik hitam pada muka anda.untuk kesan yang baik! Gunakannya
setiap minggu.
5. MELEGAKAN IRITASI PADA KULIT
Ruam kulit, tindak balas alahan, gigitan serangga dan
sebarang iritasi pada kulit ia boleh dikurangkan dengan menggunakan tanah liat
bentonite. Anda juga boleh menambah 1 cawan tanah liat bentonit dengan 1 cawan oatmeal
ke dalam mandian hangat untuk melegakan kesan iritasi.
6. MERAWAT JERAWAT
Jika anda mempunyai kulit yang berjerawat, anda boleh
menggunakan tanah liat bentonide sebagai rawatan semulajadi , ia boleh membantu
mengurangkan kulit berminyak, detoksifikasikan kulit, membersihkan liang pori
dan mengurangkan jerawat ! ia juga sebagai agen pembersih, dan anti-radang.
7.MENGURANGKAN KERADANGAN DAN PEMBENGKAKAN
Tanah liat ini boleh mengurangkan keradangan kulit. Dengan
menggunakan masker tanah liat bentonide bersama dengan air biasa , atau ada
juga boleh menggunakan air bunga, seperti air mawar, hydrosol lavender untuk
masker yang lebih harum dan menenangkan.
8. MEMBANTU DALAM PERTUMBUHAN SEMULA SEL-SEL KULIT YANG
SIHAT
Tanah liat bentonide tidak hanya mendetoksifikasi kulit
sahaja, tetapi ia juga membantu memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
Apabila dicampur dengan aloevera, minyak essential, dan ekstrak buah-buahan,
anda akan mendapat kulit yang cerah, bersih dan sihat
9. MENCERAHKAN KULIT KUSAM DAN GELAP
YUP! penggunaan tanah liat bentonide secara teratur membantu
mengurangkan kecacatan kulit muka, ia mampu menghilangkan bintik-bintik hitam,
kesan jeragat, parut dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Tanah liat
ini, mengangkat sel-sel kulit mati yang mengelapkan kulit dan mendedahkan kulit
yang sihat dan baru di bawahnya.
10. MERAWAT PENYAKIT KULIT
Sekiranya anda mempunyai ekzema, psoriasis atau roscea, anda
boleh mencuba dan menggunakan tanah liat bentonide untuk melegakannya. Bancuh
tanah liat bersama dengan air dan sapu rata dipermukaan kulit selama 10- 15
minit untuk melegakan, dan menyembuhkan keradangan kulit, kemudian bilas dengan
air suam . lakukan setiap minggu 1- 3 kali mengikut kesesuaian kulit anda.
11. MEMELIHARA SEL KULIT
Tanah liat bentonide ini juga penuh dengan khasiat mineral
seperti, kalsium, magnesium , siika, sodium, tembaga, besi dan kalium. Mineral-
mineral ini mampu menyuburkan kulit anda , sel-sel kulit yang dipelihara dengan
tanah liat ini akan menjadi sihat, terhidrat dan lembut.
12. MENGETAT DAN MENGANJALKAN KULIT
Apabila andan menggunakan tanah liat bentonide ini, anda
akan melihat Kulit anda menjadi lebih anjal dan lebih tegang. Ini membantu
mempromosikan kulit yang tegang, lebih anjal dan anda akan kelihatan lebih muda
jika penggunaan yang konsisten
Semoga artikel ini dapat memberi input yang baik kepada anda
semua. Selamat mencuba!
klik and share link dibawah,
Comments
Post a Comment